Tuesday, April 21, 2009

CABARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH

Falsafah Pendidikan Islam berusaha melahirkan individu soleh, seterusnya melahirkan
warganegara yang beriman dan beramal soleh. Ia juga berusaha ke arah melahirkan insane yang
mempunyai keseimbangan dari segi kebendaan dan rohani. Justeru itu, guru Pendidikan Islam
memainkan peranan penting dalam merealisasikan falsafah tersebut. Namun begitu, beberapa
scenario yang berlaku di sekolah membuatkan guru Pendidikan Islam terpaksa menghadapi
pelbagai cabaran dan tekanan yang hebat dalam usaha mencapai matlamat yang digariskan.
Kertas kerja ini akan memfokuskan pada empat cabaran-cabaran utama yang dihadapi oleh guruguru
Pendidian Islam di sekolah. Pertama, Guru Pendidikan Islam dianggap sebagai guru kelas
kedua dan hanya diperlukan dalam situasi-situasi tertentu sahaja, seperti membaca doa di dalam
sesuatu majlis atau menyelesaikan gejala social yang berlaku di sekolah. Kedua, mata pelajaran
Pendidikan Islam dianggap tidak penting dan tidak termasuk di dalam pengiraan markah dalam
menentukan kedudukan murid-murid di dalam peperiksaan. Ketiga, cabaran daripada pentadbir
dan rakan sekerja. Keempat, cabaran dari sudut pengajaran dan pembelajaran (p & p) dalam
menempuhi era IT dan globalisasi.

Tuesday, February 24, 2009

Seorang Da'ie yang bersifat Murabbi

DA’IE DAN MURABBI : Allah menilai Niatmu


Da’ie, murabbi, wahai anak hendaklah sentiasa bersedia diri kamu untuk dibersihkan.

PERISTIWA KHALID IBN WALID

Dalam peperangan Yarmuk Khalid ibn Walid berkata, “ Ini adalah hari dari hari-hari Allah. Tidak sepatutnya pada hari ini ada kebanggaan dan kezaliman. Bersihkanlah jiwa kamu kepada Allah. Tumpukanlah semua kerja kamu kepada Allah kerana ia akan menentukan masa depan kamu”.

Khalid telah berijtihad, selepas menghadapi Rom yang besar, orang mukmin perlu disatukan di bawah satu pimpinan dan arahan. Yang mana sebelum ini didapati tentera-tentera Islam dipimpin oleh beberapa ‘commander’. Dalam suasana inilah beliau menyeru untuk membersihkan niat kepada Allah.

DA’I TIDAK BOLEH DIRUNTUN FITNAH

Jika betul niat dan usaha kita maka InsyaAllah kita akan berjaya. Oleh itu seorang da’i tidak boleh diruntun fitnah seperti bangga diri dan melihat diri lebih baik dari saudara-saudara yang lain dalam amal. Tidak patut para da’i melakukan fitnah, menzalimi dan bermusuhan antara satu dengan lain. Sesiapa yang ingin mendapatkan hakikat kebenaran dan pengajaran, hendaklah ia membersihkan niatnya. Pada masa yang sama hendaklah ia membersihkan kefahaman dan ‘amalannya.

Sekiranya ada di kalangan saf da’i niat yang tidak bersih maka hendaklah bersegera membersihkannya.

PESANAN HASAN ALBANA

Hasan Al Bana pernah berpesan yang bermafhum, “Sesungguhnya para sahabat Rasulullah SAW telah berjaya membersihkan aqidah mereka. Usaha mereka lahir dari aqidah yang betul. Apabila dilihat, mereka itulah fikrah dan fikrah itulah mereka. Jika kamu mahu yang demikian maka berfikirlah bersungguh-sungguh. Kalau ada di kalangan kamu jiwa yang sakit, maka ubatilah. Orang ini akan menyekat nikmat dan taufik Allah kepada jamaah.

Tersekatnya Rahmat Allah merupakan gangguan pada jemaah. Gangguan ini boleh menghilangkan ‘hakikat jamaah’ yang sebenarnya.

PESANAN IBN QAYYIM

Ibn Qayyim berpesan, “Di dalam jamaah perlu ada `qalban wahidan’ ( kesatuan hati ).

Dalam hal ini kita perlu melihat kepada maslahat jamaah keseluruhannnya.

Firman Allah (Al Anfal: 63), yang bermaksud,

“Dan (Dialah Allah) yang mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka”.

DEMI KEJAYAAN, SAF DA’I PERLU BERSIH

Jika terdapat hati yang sakit dalam saf hadapan jamaah maka da’i yang lain akan turut terganggu. Jamaah kemungkinan akan rosak atau tergendala perjalanannya.

Kejayaan dalam sesuatu projek, seandainya tidak dijaga hal ini, tidak akan dapat dimanafaatkan untuk kemajuan Islam dan jamaah bahkan akan membawa kepada keretakan. Ini adalah sunnah. Oleh itu demi kebaikan Islam, sekiranya da’i tersebut tidak dapat juga membersihkan dirinya, maka jamaah perlu dibersihkan darinya daripada berada dalam saf da’i yang hakiki.

PESANAN ABDUL QADIR GHAILANI

Beliau berpesan, “Ya ghulam, walaupun engkau pintar tetapi jika tanpa amal qalb, tidak akan membawa engkau maju selangkah pun dalam perjalanan. Perjalanan ini adalah perjalanan hati. Yang kita bimbang ialah panjang lidah semata-mata.

PESANAN ABDUL WAHAB ‘UZAM

Beliau berpesan, “Kalau kita perhatikan orang petah bercakap semata-mata (tanpa amal) maka semuanya bermuka jernih belaka. Tetapi kalau kita perhatikan hatinya maka tak ubah seperti bunga yang layu tidak berbau.

PESANAN HASSAN AL BASRI

Beliau berpesan, “Kita dapat menilai manusia dengan amalan mereka. Ini kerana Allah tidak merestui percakapan tanpa dalil (yakni dalil dari sudut amal). Firman Allah SWT (Assof: 2,3) (yang bermaksud), “Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan ? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

JANGANLAH TERDAPAT RIYA’ DALAM JAMAAH

Adalah sangat tidak dikehendaki terdapatnya riya’ dalam jamaah. Dalam ‘amal Islami, untuk selamatkan dari riya’, maka jamaah hendaklah berteraskan aqidah.

Seorang sahabat, Syaddat bin Aus, telah diminta nasihat oleh para sahabat semasa beliau hendak mati, maka beliau berkata, “Yang paling aku takuti di kalangan kamu ialah riya’ dan syahwatul kahfi (keinganan yang tersembunyi)”.

Seorang tabi’in bernama Tholahah, dalam persoalan riya’ dan syawatul kahfi, telah berkata dalam doanya (yang bermaksud), “ Ya Allah ampunlah aku dari sam’ah (berbuat sesuatu untuk yang lain) dan ampunilah aku dari riya’”.

Mulakanlah da’wah dari medan yang putih bersih. Teruskanlah kebersihannya. Janganlah ia rosak di separuh perjalanan.

Monday, February 23, 2009

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Alhamdulillahirabbil'alamin..Semestinya pujian dan pujaan itu hanyasanya kepada Rabbil'aalamin. Allah SWT. Dengan segala kesempatan, peluang dan kekuatan yang di beri pinjam oleh Allah kepada saya. Maka dengan kalimah..la haula wala quwata illa billahi Rabbil 'aalamin saya terjemahkan dalam dasar utama laman blog ini. Semoga laman ini menjadi penyeri kepada bakal cahayamataku nanti..InsyaAllah. Wasiatku kepada semua saudara dan ahli keluargaku ayuh kita pasakkan iman islam dan ihsan sebagai pacuan dalam peluang kehidupan kita yang Allah amanahkan. Bangunlah bersama dengan Islam. Kita sambung mata rantai-mata rantai perjuangan Rasulullah SAW. Jalankan kewajipan sebagai Messenger Dakwah!

MOHD HAFIZ IBNU HASSAN
Sarjana Muda Syariah Dan Pengurusan APIUM KL 2003-2008
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI UKM) 2009
Pendidik 2010